Wednesday, May 11, 2011

kenapa aku botak ???

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia..

Wow,formal plak aku nie...hahaha...1st of all, i’m epy coz  lappy dah oke...buli uda online d bilik sampai pagi,hahahaha..erm,banyak betol aku mo crita nie...mo crita pa dulu ar...err,aku crita pasal kes ku dlu la...memandangkan kawan2 ramai yg tanya napa aku botak,so aku mau crita la napa aku botak...

Oke la kekawan,sebab aku botak nie bukan sebab aku buang tabiat,bukan sebab aku baru kuar dari penjara,bukan jg sebab aku.....err,sebab apa ar?hohoho...begini critanya

Pada 18 april 2011, bersamaan pada hari isnin, sekitar pukul 9 pm, aku bersama seorang lg rakan keluar lepak. Kami menuju ke Agnes Keith English Tea House. Kami berbual-bual. Sedang kami menuju ke tempat letak kereta, dua orang lelaki yg tidak dikenali menegur kami. Disebabkan cahaya lampu neon yg suram menyebabkan aku tidak dapat melihat wajah mereka dgn jelas. Aku hanya dapat melihat fizikal mereka sahaja. Kedua-dua mereka kurus, rendah daripada aku. Seorang berambut panjang hingga ke paras pinggang, lurus dan ikat separuh. Seorang lg rambut paras bahu. Mereka berbau alkohol. Pada mulanya, mereka hanya bertanya soalan2 biasa. Aku dan kawanku seperti biasa,menjawab soalan2 mereka.

“ kawasan ni kami jaga. Lebih baik kamu balik. Takut nanti ada apa2 yg jadi sama kamu. Petang tadi ada sekumpulan orang bergaduh di sini,” kata salah seorang daripada mereka.

“ yala,nanti kami balik.” Kawan ku membalas.

“ ba,kita balik la sama2,” kata orang tu lagi.

“ nda pa la,kamu balik la dulu. Nanti kami balik sendiri,” kata kawan ku.

Mereka pun berlalu pergi. Sedang kami menuju ke tempat letak kereta, kedua-dua mereka berpatah balik.

“ ayuk la kita balik sama2. Nanti ada apa2 sama kamu,” katanya.

“ nda pa la, kamu balik la dulu. Nanti kami balik sendiri,” balas kawan ku. Aku memang rasa tidak sedap hati.

“ kamu ada rokok?” salah seorang daripada mereka bertanya.

“ tiada. Kami nda merokok,” balas kawanku.

“ ah,menipu jak kamu ni. Minta dulu ba rokok kamu,” katanya seolah-olah tidak percaya.

“ betul,kami nda merokok,” tegas kawanku.

Tanpa kami duga, salah seorang daripada mereka memukul kawan ku menggunakan tali pinggang yg dililit di tangan. Lepas tu, seorang lg kawannya memukul aku dgn benda yg sama. Mereka memukul kami di bahagian kepala. Aku rasakan dunia masa tu berputar2. Bukan 360 darjah, tapi aku rasa seperti 3600 darjah. Disebabkan kami dipukul di bahagian kepala, kepala pun pening2, kami melarikan diri. Aku hampir terjelopok ke dalam longkang. Nasib baik aku sedar. Dapat aku elak longkang tu. Aku terdengar kawan ku menjerit meminta tolong. Sedang kami berlari menuju astaka peninjau, aku ternampak dua orang lelaki lepak di situ. Aku meminta tolong dgn abang tu. Mereka hampir lari melihat kami berlumuran darah. Tapi dia tidak sampai hati biarkan kami. Memandangkan balai polis dekat, abang tu bawa aku ke balai polis. Kawannya pula temankan kawan aku di astaka peninjau. Mereka naik ke Agnes Keith English Tea House. Laporan yg aku buat pada pukul 10.40 pm. Polis menghubungi ibu bapa aku. Setelah beberapa minit menunggu, abang ipar aku datang. Kebetulan dia baru habis kerja. Pada masa yg sama, ayah dan kakak sulung aku pun sampai bersama-sama dgn abang ku.

Setibanya di hospital, kawan aku pengsan. Aku pula masih cuba kuatkan diri untuk tidak pengsan. Aku mendapat 4 jahitan, manakala kawan aku pula dapat 12 jahitan, belakang dan tepi kepala. Lepas tu, kami pergi ke balai polis semula. Kami buat pengecaman penjenayah. Tapi malangnya, aku dan kawan ku tidak dapat cam siapa2, sebab keadaan yg suram di tempat kejadian membuat aku dan kawan ku susah untuk mengecam wajah mereka. Keesokan harinya pula kami datang lagi ke balai polis untuk membuat keterangan kepada detektif.

Begitu la kisahnya...smggu aku stay d umah jak...makan pun kena pantang..payah betul mau tido...tido bertiarap jak..nda dapat tido melentang coz luka tu d blkg kepala. Mmg trauma jg la...2-3 ari nda dpt tido mlm coz ingt kejadian tu...skrg ni pn,payah uda mau kuar malam...mama aku nda bagi..kecuali ada orang amik aku di umah..klu kuar driving sendiri2,mama aku nda bagi...mcm mama ku plak yg trauma ni smpai skrg..huhu...tu la sebabnya kepala ku botak...terjawab la suma persoalan napa aku botak...klu aku nda botak, sumpak la kepala ku...hohohoho...


ni darah di sapu tangan jak...sapu tangan ni kakak polis tu yg bagi...huhu

baju ni baju yg aku beli dgn kawan2 aku,fuad & leon...


ni masih dlm pantang...hohoho

ni selepas balutan dibuka...mo p buka jahitan ni

and now, aku botak masa kawen abang aku...hohoho


itu la al-kisahnya...so,kawan2,don't try this at home,hahaha...moral of the story, err....pa ar?..pikir sendiri la ar...hihihihi..ba,nanti crita lain lg...

salam,
tAphA azRizAn