Friday, August 09, 2013

rAyA 2.0.1.3

Raya kali ni berbeza dgn raya sebelumnya. Apa yg berbeza?. Kali ni aku menyambut ketibaan Syawal seorang diri tanpa ditemani keluarga tersayang. Feeling so lonely, so empty. Syawal yg kurang bermakna.

Kenapa seorang diri?.Kerana aku di perantauan. Mencari rezeki di negeri orang. Disebabkan komitmen kerja dan tak dapat cuti raya, maka dgn itu aku beraya la sorang2. Raya pertama pun kerja. Sangat bosan. Dah la tak ramai kenalan. Balik kerja duk dalam bilik ja. Orang lain beraya umah saudara mara dan kawan2, aku pula tido dalam bilik.

Lagi menyedihkan, tiada kedai makan yg buka. Kelaparan. Nasib baik la area rumah ada restoran Oldtown. Nasib baik restoran tu buka. Dapat jg makan. Kalau tidak, kebulur la aku nampaknya.

Bosan punya pasal, aku snap gambar sendiri dalam bilik. Hahahahaha.

Tak tau nak tulis apa lg.

Sekian, wassalam.

tAphA azRizAn

new life,new environment

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Dah lama aku tidak mengarang. Blog aku pun sudah bersawang. Sibuk dengan kerja baru. Sejak kontrak aku tamat Januaria lepas, aku sibuk mencari kerja baru. Bukannya bermaksud nak cari kerja disaat-saat akhir. Tapi sebenarnya company tu yg bagitau kontrak tidak disambung disaat-saat akhir. Aku pun apa lagi,kelam kabut la mencari kerja baru. Macam orang yg baru abis belajar pula kena cari kerja baru.
Macam-macam kerja aku mohon, baik kerajaan mahupun swasta. Di mana-mana ada jawatan kosong yg bersesuaian dengan kelayakan aku, aku mohon. Macam-macam company aku pergi untuk temuduga. Tidak kira la kerja tu area Sabah, Sarawak, atau Semenanjung. 

Sebelum ni aku kerja secara kontrak di salah sebuah syarikat penerbangan yg beroperasi di Borneo sahaja. Aku pasti anda semua tahu. Bagi yg kurang tahu, silalah cari ya,hehe. Memandangkan aku ada pengalaman dalam industri penerbangan, aku pun mohon la kerja dengan syarikat penerbangan yg terkemuka di negara kita. Tiga jawatan aku pegi untuk temuduga. Pertama sekali, aku pergi temuduga pramugara. Dulu memang ada cita-cita mahu jadi pramugara. Biarpun kelayakan aku melebihi kelayakan yg sepatutnya, aku mencuba nasib. Namun tidak berjaya. Mungkin bukan rezeki.

Jawatan kedua di syarikat yg sama adalah jawatan yg sama semasa aku bekerja di syarikat penerbangan sebelum ini. Aku pun mencuba nasib. Kalau dapat kerja ni, aku akan kerja di Semenanjung Malaysia. Bila dapat jawapan, nama aku dalam senarai calon simpanan. Tidak mengapa, aku tidak berputus asa. Selang beberapa minggu, aku dapat emel daripada syarikat penerbangan tersebut. Aku disenaraikan untuk jawatan yg lain. Memandangkan belum dapat kerja, aku pun pergi la temuduga tu di Semenanjung Malaysia. Selepas dua minggu, aku mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa aku diterima bekerja di syarikat penerbangan tersebut. Aku berfikir, samada mahu pergi atau tidak. Setelah berfikir masak-masak dan berbincang dengan ibubapa serta mendapat restu daripada mereka, aku pun mengambil keputusan untuk berhijrah ke Semenanjung Malaysia. 

Pada permulaan, memang susah. Nak cari rumah lg, cuba menyesuaikan diri dengan tempat baru. Alhamdulillah kawan-kawan banyak menolong semasa aku mula-mula bekerja di sini. Setelah tiga bulan lebih bekerja di sini, aku sudah dapat menyesuaikan diri sedikit demi sedikit dengan keadaan tempat kerja yg baru dan persekitarannya.

Sekian untuk kali ini, wassalam.

tAphA azRizAn