Tuesday, November 11, 2014

CINTA

Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta

Bukan mudah bagiku untuk melafazkan kata itu
Apatah lagi membisikkan kata-kata itu

Bukan kerna mulut berat untuk berbicara
Bukan kerna hati tidak ada perasaan sayang
Cuma ianya bukan mudah untukku melafazkannya

Cinta bukan semudah yang disangka
Cinta sangat sukar untuk diungkapkan

Kerna cinta dua insan berkasihan
Kerna cinta terlahirnya generasi baru
Kerna cinta berlakunya persengkataan
Kerna cinta apapun boleh terjadi
Kerna cinta itu sukar untuk dirungkai

Apapun pandangan terhadap definisi cinta
Hanya diri sendiri tahu makna cinta
Namun cinta yang sebenarnya
Hanyalah cinta kepada-Nya


Nukilan dari hati,

tAphA azRizAn

Friday, October 17, 2014

Short trip 2D1N in Penang

Assalamualaikum.

Sejak sekian lama, dah berkurun dah aku tak buat entri dalam blog ni. Memang bersarang habis blog aku ni. Sebab sibuk sangat kerja, blog pun dah terbiar.

Untuk kali ini aku nak share pengalaman kat Penang 2D1N sahaja. Save budget and xda masa nak cuti lama2 katanya. A quick tour by my own and of course with my friend. Ikut plan asal nak gi reramai. But at the end aku dengan sorang je yg confirm pegi. So plan tetap diteruskan sebab nak keluar dari kesibukan bandar katanya. Destinasi pilihan Penang.

Habis je kerja pukul 0600 hrs, terus je pegi airport. Nasib baik la airport dekat je dengan office. Pegi la beli ticket on standby basis. Yela, staf la katakan. Kena standby dulu. Alhamdulillah dapat juga seat. So perjalanan ambik masa sejam sahaja. Trip kali ini kira macam gamble saja. Pegi je mana2, cari hotel or guesthouse or what so ever. Yg penting ada tempat tido. Sampai je tempat penginapan so aku and kawan aku rehat sekejap. Aku pula tido sebab baru balik kerja. Nak tido dalam flight pun tak puas. So tido dalam dua jam, kitaorg gerak la g plaza gurney. Nak cari char kuey teow katanya. Tapi gerai tu semua start buka dalam pukul 1800hrs. Lapar punya pasal so makan je la kat dalam Plaza Gurney tu.

Masa balik g tempat tinggal kat Batu Feringghi tu hujan la pulak. Tak dapat nak lepak kat pantai. So sejuk2 macam tu apa lagi, tido la kat dalam bilik. Bangun dalam pukul 2100hrs, mandi pastu keluar cari makan. Ingatkan nak singgah kat pasar malam. Tapi sedihnya tak banyak gerai buka kat pasar malam mungkin sebab hujan petang td. Selepas makan, singgah pantai jap. Lepak dengar deruan ombak. Rasa tenang sikit jiwa. Kawan pula dok sibuk tangkap gambar dalam gelap. Dah puas tangkap gambar, kitaorg balik bilik tido.

Around 0900hrs on the second day, kitaorg siap2 untuk keluar. Hari ini misi kitaorang adalah mencari mural yg agak terkenal dan merupakan salah satu tarikan pelancongan kat Penang. Selepas je breakfast, kitaorg pun mulakan misi pencarian mural berbekalkan peta dalam ipad ni. Satu demi satu mural kami jumpa. Dengan keadaan panas terik, kami gigih juga mencari lukisan2 dinding ni. Tapi tak semua kami cari. Ada beberapa lagi tak jumpa sebab dah tak larat and at the same nak kejar masa untuk balik KL. Around 1700hrs, kitaorg gerak gi airport. Sampai kat airport Penang baru kitaorg makan. Penerbangan tiba di KL dalam pukul 2130hrs. Sampai je rumah, cuci muka and kaki terus tido sebab kepenatan mencari mural. 

Kat bawah ni antara gambar yg sempat aku ambik.














































Ini saja la yg aku nak share dengan korang semua. Aku dah tak ingat nama2 lorong utk cari mural2 ni semua. Korang ken google sendiri la. Ni hanya sebilangan sahaja. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi disebakan tak cukup masa, so kitaorang cuma sempat jumpa yg ni je. 

Okay la until next time.


Wassalam,

tAphA azRizAn

Monday, June 30, 2014

Ramadhan

Assalamualaikum wbt

Ramadhan kembali lagi. Kali ini saya berpuasa sendiri tanpa keluarga untuk kali kedua. Disebabkan kerja di tempat orang, terpaksa la berpuasa sendiri. Tidak mengapa, minggu depan balik kampung sekejap untuk hilangkan rindu dengan keluarga. In shaa Allah.

Baru ramadhan pertama, sudah kedengaran bunyi mercun di area rumah saya ni. Terfikir sejenak, baru ramadhan pertama, sudah main mercun. Konklusi saya pertama sekali adalah mereka sudah fikir untuk berhari raya. Di manakah nilai-nilai yang perlu ada semasa bulan ramadhan ini? Ramadhan belum habis, sudah fikir mengenai syawal. Zaman sekarang tidak sama dengan zaman dahulu. Saya yang lahir pada tahun lewat 80-an terasa perbezaan pada zaman saya, tahun 90-an dan zaman milenium. Nilai-nilai murni apatah lagi nilai-nilai agama itu hampir pudar. Sikap keterbukaan ibubapa mungkin merupakan salah satu pendorong nilai-nilai ini semakin pudar. Bagi saya, sikap keterbukaan itu tidak ada masalah. Namun, harus diingat bahawa nilai-nilai agama ini tidak boleh ditinggalkan. Ianya harus diterapkan dan selari dengan zaman sekarang.

Rasanya ini sahaja yg dapat saya coretkan. Saya pun tidak tahu apa yg ingin dituliskan lagi. Sehingga bertemu lagi. Salam ramadhan al-mubarak. Moga ramadhan ini lebih berbanding yg sebelumnya. Moga kita diberi kekuatan untuk terus beribadah kepada-Nya. Amin.

Wassalam.

Saturday, January 04, 2014

K.a.H.w.I.N

Assalam..

Hari ni bosan duk umah..plan nak kuar ngan kekawan..so g la mesej sorang2..tp most of them busy plak..ada yg dh janji kuar ngn kawan,ada yg nak attend wedding ceremony,ada yg keja..

Ada pula sorang kawan ni,nama dia Din. Aku mesej ajak keluar. Dia call aku. Dia cakap dia kat kampung. Aku saja main2 cakap balik kampung utk kawen ka. Rupanya betul. Dia dah kawen disember lepas. Kahwin senyap2. Apa2 pun tahniah la kawan. Dia kata x buat majlis besar2an.. Just buat yg wajib ja iaitu akad nikah. Okay la tu, xda la mbazir sgt.

Tu cerita pasal kawan aku kawen. Pastu aku ada terbaca dkt moment wechat,pasal nikah gantung. Bila terbaca tu,tetiba ada niat mau buat nikah gantung. Tapi ada ka orang zaman sekarang ni nak buat nikah gantung? Kalau ada yg sudi, aku okay ja. Haha

Dah ramai kawan aku yg dah kahwin. Ada yg dah ada anak lagi. Aku ni asyik pergi majlis kahwin orang ja. Entah bila la orang nak.datang ke majlis aku. Hehe

Okay la. Ni jak aku nak coretkan. Ada masa aku buat coretan lagi okay. Until then.

Wassalam.

Wednesday, January 01, 2014

2.0.1.4

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sudah masuk tahun 2014. Mesti ramai yg meraikan kedatangan tahun baru ini. Aku? Aku tak sambut pun. Stay kat umah ja. Malas nak keluar. Hakikat sebenarnya tiada orang ajak keluar pun..hahaha..

2013 meninggalkan banyak kenangan. Kontrak kerja aku habis. Aku dapat kerja kat semenanjung. Ramai saudara n kawan2 yg sudah kahwin dan bertunang. Cuma tinggal aku sahaja yg masih setia bersendirian. Never mind. I have my family and friends. And also HIM.

2014, aku cuba untuk memperbaiki diri ini. Walaupun bukanlah jahat, tapi masih ada kekurangan dlm diri. Aku cuba untuk mengisi kekurangan itu. Bagaimana? In shaa Allah, dengan doa dan izin-Nya, Dia akan membantu. Cuba dulu baru tahu. And don't give up.

I don't what to write. I have no idea. In shaa Allah aku akan cuba menulis lebih kerap. Until then, wassalam.