Friday, October 17, 2014

Short trip 2D1N in Penang

Assalamualaikum.

Sejak sekian lama, dah berkurun dah aku tak buat entri dalam blog ni. Memang bersarang habis blog aku ni. Sebab sibuk sangat kerja, blog pun dah terbiar.

Untuk kali ini aku nak share pengalaman kat Penang 2D1N sahaja. Save budget and xda masa nak cuti lama2 katanya. A quick tour by my own and of course with my friend. Ikut plan asal nak gi reramai. But at the end aku dengan sorang je yg confirm pegi. So plan tetap diteruskan sebab nak keluar dari kesibukan bandar katanya. Destinasi pilihan Penang.

Habis je kerja pukul 0600 hrs, terus je pegi airport. Nasib baik la airport dekat je dengan office. Pegi la beli ticket on standby basis. Yela, staf la katakan. Kena standby dulu. Alhamdulillah dapat juga seat. So perjalanan ambik masa sejam sahaja. Trip kali ini kira macam gamble saja. Pegi je mana2, cari hotel or guesthouse or what so ever. Yg penting ada tempat tido. Sampai je tempat penginapan so aku and kawan aku rehat sekejap. Aku pula tido sebab baru balik kerja. Nak tido dalam flight pun tak puas. So tido dalam dua jam, kitaorg gerak la g plaza gurney. Nak cari char kuey teow katanya. Tapi gerai tu semua start buka dalam pukul 1800hrs. Lapar punya pasal so makan je la kat dalam Plaza Gurney tu.

Masa balik g tempat tinggal kat Batu Feringghi tu hujan la pulak. Tak dapat nak lepak kat pantai. So sejuk2 macam tu apa lagi, tido la kat dalam bilik. Bangun dalam pukul 2100hrs, mandi pastu keluar cari makan. Ingatkan nak singgah kat pasar malam. Tapi sedihnya tak banyak gerai buka kat pasar malam mungkin sebab hujan petang td. Selepas makan, singgah pantai jap. Lepak dengar deruan ombak. Rasa tenang sikit jiwa. Kawan pula dok sibuk tangkap gambar dalam gelap. Dah puas tangkap gambar, kitaorg balik bilik tido.

Around 0900hrs on the second day, kitaorg siap2 untuk keluar. Hari ini misi kitaorang adalah mencari mural yg agak terkenal dan merupakan salah satu tarikan pelancongan kat Penang. Selepas je breakfast, kitaorg pun mulakan misi pencarian mural berbekalkan peta dalam ipad ni. Satu demi satu mural kami jumpa. Dengan keadaan panas terik, kami gigih juga mencari lukisan2 dinding ni. Tapi tak semua kami cari. Ada beberapa lagi tak jumpa sebab dah tak larat and at the same nak kejar masa untuk balik KL. Around 1700hrs, kitaorg gerak gi airport. Sampai kat airport Penang baru kitaorg makan. Penerbangan tiba di KL dalam pukul 2130hrs. Sampai je rumah, cuci muka and kaki terus tido sebab kepenatan mencari mural. 

Kat bawah ni antara gambar yg sempat aku ambik.














































Ini saja la yg aku nak share dengan korang semua. Aku dah tak ingat nama2 lorong utk cari mural2 ni semua. Korang ken google sendiri la. Ni hanya sebilangan sahaja. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi disebakan tak cukup masa, so kitaorang cuma sempat jumpa yg ni je. 

Okay la until next time.


Wassalam,

tAphA azRizAn