Monday, June 30, 2014

Ramadhan

Assalamualaikum wbt

Ramadhan kembali lagi. Kali ini saya berpuasa sendiri tanpa keluarga untuk kali kedua. Disebabkan kerja di tempat orang, terpaksa la berpuasa sendiri. Tidak mengapa, minggu depan balik kampung sekejap untuk hilangkan rindu dengan keluarga. In shaa Allah.

Baru ramadhan pertama, sudah kedengaran bunyi mercun di area rumah saya ni. Terfikir sejenak, baru ramadhan pertama, sudah main mercun. Konklusi saya pertama sekali adalah mereka sudah fikir untuk berhari raya. Di manakah nilai-nilai yang perlu ada semasa bulan ramadhan ini? Ramadhan belum habis, sudah fikir mengenai syawal. Zaman sekarang tidak sama dengan zaman dahulu. Saya yang lahir pada tahun lewat 80-an terasa perbezaan pada zaman saya, tahun 90-an dan zaman milenium. Nilai-nilai murni apatah lagi nilai-nilai agama itu hampir pudar. Sikap keterbukaan ibubapa mungkin merupakan salah satu pendorong nilai-nilai ini semakin pudar. Bagi saya, sikap keterbukaan itu tidak ada masalah. Namun, harus diingat bahawa nilai-nilai agama ini tidak boleh ditinggalkan. Ianya harus diterapkan dan selari dengan zaman sekarang.

Rasanya ini sahaja yg dapat saya coretkan. Saya pun tidak tahu apa yg ingin dituliskan lagi. Sehingga bertemu lagi. Salam ramadhan al-mubarak. Moga ramadhan ini lebih berbanding yg sebelumnya. Moga kita diberi kekuatan untuk terus beribadah kepada-Nya. Amin.

Wassalam.