Wednesday, November 07, 2012

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera

Apa khabar anda semua? Harap semua baik-baik sahaja. Ada satu kejadian yg berlaku pagi ini di tempat aku bekerja. Mari kita ikuti perbualan antara aku dan pelanggan.

Aku: Selamat pagi encik.

Pelanggan: Selamat pagi

Aku: Encik nak ke mana?

Pelanggan: Saya nak ke KK.

Aku: Boleh saya pinjam I/C encik?

Pelanggan: Nak tengok I/C juga ka? Saya ni selalu juga travel. Tiap-tiap bulan saya travel. Takkan tak kenal saya.

Aku: (Diam sahaja,malas mau layan. Huhu)



Aku bekerja sebagai ejen khidmat pelanggan di salah sebuah lapangan terbang di negeri Sabah. Mengikut polisi syarikat, memang kena tunjukkan I/C semasa daftar masuk. Tapi for some customers/passengers (most of them are regular customers), menganggap bahawa kami (ejen-ejen khidmat pelanggan) mengenali mereka. Excuse me, sir. There are so many passengers travelling, please don't expect us to recognize all of you. Kalau dia travel sebulan sekali, mana la aku nak kenal muka dia. Lain la kalau dia travel every week or every day. Of course aku kenal dia. Terlalu banyak perangai dan karenah manusia yg susah untuk kita handle. Itu baru kes orang tak mau bagi tengok I/C. Ada lagi kes-kes lain yg melibatkan karenah pelanggan atau customer behavior.

Itu jak la yg aku mau cerita sebenarnya. Cuma ingin berkongsi keadaan sebenar yg berlaku bila kerja sebagai frontliner ni. Until next time, see you.


Wassalam,

tAphA azRizAn

Tuesday, November 06, 2012

cIntA-MU


CINTA
Itu yang ku dambakan dari-MU

CINTA
Itu yang ku cari dari-MU

CINTA
Hanya itu yang ku butuhkan dari-MU

Namun
Cinta-MU sukar untuk dicari
Cinta-MU sukar untuk ditemui
Cinta-MU sukar untuk dimiliki
Hanya yang terpilih yang layak untuk mendapatkan cinta dari-MU

Adakah aku orang yang terpilih?
Adakah aku layak untuk menerima cinta dari-MU?
Aku sedar
Aku bukan orang yang terpilih
Aku bukan orang yang layak menerima cinta dari-MU

Tetapi
Aku amat memerlukan cinta-MU
Berikanlah aku cinta-MU walau sedikitpun
Jadikanlah aku antara yang terpilih
Jadikanlah aku antara yang layak menerima cinta dari-MU

Ya ALLAH
Berikanlah aku nur hidayah-MU
Berikanlah aku peluang untuk mencintai-MU
Agar aku bisa mengharungi kehidupan yang penuh dugaan ini
KAUlah yang Maha Berkuasa atas segalanya
Akan ku nantikan cinta-MU
Hingga ke akhirnya

ALLAH MAHA BESAR



Hasil nukilan,

tAphA azRizAn

Friday, November 02, 2012

fAshIoN & rEmajA

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera


Entri kali ini aku maw cerita pasal fesyen. Aku ni boleh dikatakan pentingkan penampilan. Aku akan pastikan pakaian, rambut, kasut, dan lain-lain yg berkaitan akan teratur rapi. Setiap kali maw keluar lepak dengan kawan2, atau menghadiri apa2 event, aku akan fikir pakaian yg akan aku pakai. Pakaian aku tidak la banyak mana pun. Tapi, aku suka mix & match. Aku memang cerewet pasal penampilan. Kadang-kadang aku akan berpakaian santai. Bukan sahaja pakaian, rambut pun penting untuk seorang lelaki. Setiap kali keluar lepak, aku akan gosok baju, biarpun baju tu baju t-shirt. My mom pun hairan. Kadang-kadang my mom bising juga dengan aku. Setiap kali keluar, mesti aku yg lambat siap. Haha.

Sebenarnya aku tulis entri pasal fesyen ni bukannya apa. Semalam kawan aku ada post dekat Facebook, pasal budak-budak zaman sekarang ni berfesyen tidak kena pada tempatnya. Korean pop atau lebih dikenali sebagai K-pop sangat popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Fenomena ini telah mempengaruhi rakyat di negara ini terutamanya golongan remaja. Tanpa menyelidik dan memahami mengenai fesyen artis Korea, remaja di Malaysia menjadi mangsa fesyen. Kenapa aku cakap diorang jadi mangsa fesyen? Cuba korang bayangkan, cuaca di Malaysia ni panas, tapi diorang pakai selendang menutupi leher. Kan panas tu. Itu selendang. Ada pula tu tengah hari buta pakai jaket. Pastu lepak masa hari panas. Tengok muka dah mandi peluh. Biar mandi peluh, asalkan bergaya. Huhu. Adik-adik semua, kalau nak berfesyen pun, kena la berpada-pada. Tengok la cuaca tempat kita ni. Bukannya sama dengan cuaca diorang dekat sana. Negara diorang tu nampak ja macam panas, tapi angin diorang tu sejuk. Sebab tu la diorang pakai macam tu. Kalau nak pakai macam tu pun,boleh tiada masalah. Tapi mestilah padankan dengan tempat dan event. Ini lepak dengan kawan-kawan tengah panas pun nak pakai macam tu. Kalau lepak kat shopping mall, tak kisah la because shopping mall tu sejuk. Kadang-kadang kesian juga tengok anak-anak remaja yg jadi mangsa fesyen ni.

Rasanya cukup la ini ja yg aku nak katakan. Maw cakap banyak pun,susah jg kan. Yala, aku ni bukannya pakar fesyen. Tapi kalau kawan-kawan or family minta pendapat tu, boleh la juga aku bagi pendapat. So,adik-adik semua, kalau berfesyen tu, tengok tempat and event,okay. Try mix & match. That's all, untill then, see you.

Sekian, wassalam.

tAphA azRizAn

Thursday, November 01, 2012

jIwA kOsoNg


JIWA KOSONG



terasa seperti ada "sesuatu" yg hilang
entah apa yg hilang
entah apakah "sesuatu" itu
aku buntu
aku keliru
kosong

aku sedar
aku leka dengan duniawi
aku hanyut dibawa arus ke lembah kemaksiatan
namun
kesedaran tidak mencukupi
andai keinsafan tidak ada dalam diri

ya ALLAH
aku rindu pada-MU
teramat rindu pada-MU
hati ini butuh belaian kasih sayang dari-MU

tapi
diri ini tidak mampu
terlalu lemah untuk melawan
segala hasutan syaitan & iblis
adakah hati ini telah menjadi "hitam"?
sehinggakan aku terlalu liat untuk beribadat kepada-MU

ya ALLAH
terlalu banyak dosa yg telah ku lakukan
aku terasa sungguh hina
aku terasa diri ini jijik
diri ini tidak layak untuk-MU
aku malu untuk "berhubung" dengan-MU
aku segan untuk "berhadapan" dengan-MU
ya ALLAH
ingin ku sujud kepada-MU
aku rindu akan saat-saat itu

aku tahu
ini adalah ujian dari-MU
namun
aku sudah tidak mampu untuk menanggung
ujian yg KAU berikan

ya ALLAH
berikanlah aku petunjuk-MU
berikanlah aku nur hidayah-MU
KAU bukakanlah pintu hatiku
agar aku bisa
mengharungi ujian yg KAU berikan
kuatkanlah imanku
agar aku sentiasa sujud kepada-MU

ya ALLAH
sesungguhnya KAUlah
Maha Pengampun
Maha Mengasihani
Maha Adil
Maha Berkuasa
terhadap semua makhluk di muka bumi ini

aku berserah kepada-MU ya ALLAH
jika ini jalan cerita hidupku
aku redha dengan ketentuan-MU
namun
aku memohon kepada-MU
agar KAU bukakanlah pintu hatiku
untuk kembali bersama-MU
hingga ke akhirnya
sesungguhnya
KAUlah yg Maha Besar





Hasil nukilan,

tAphA azRizAn