Monday, August 15, 2011

kErjA & pUasA


Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Erm, kali ni mau cerita apa erk? Aku mau share pasal puasa & pengalaman kerja baru aku. Aku start kerja pada 1 Ogos 2011, ngam² 1 Ramadhan. Keletihan ketika berpuasa itu tidaklah ketara sangat sebab aku enjoy dengan kerja baru aku. Memandangkan kerja aku ni berdepan dengan orang ramai, memang best la. Lagipun, aku memang suka jumpa pelbagai jenis orang. Aku boleh lihat & belajar gelagat, karenah, perangai & macam² lagi pasal human behaviour. So far, bermacam² jenis orang sudah aku jumpa, dengan pelbagai karenah & ragam. Ada yg peramah, ada yg buat muka, ada yg cerewet, & sebagainya. Syukur alhamdulillah, setakat ni belum ada lagi jumpa customer yg marah2 x tentu pasal.

Memandangkan aku bekerja di bahagian frontline, so penampilan & tutur kata harus dititikberatkan. Harus sentiasa senyum & mesra dengan pelanggan. Aku pernah ditegur oleh seorang customer supaya aku senyum, & tidak terlalu serius ketika bekerja. Aku terima tegurannya itu dengan baik. Dia pun menegur aku dengan cara berhemah. Kadang kala kita tidak menjangka siapa yg kita jumpa. Bagaimana perangai mereka, karenah mereka & sebagainya. Ada pelanggan dr business class yg begitu peramah & ada yg cerewet. Tapi kadang² customer drpd economy class lebih cerewet drp economy class customer. Tapi sebagai pekerja yg deal dengan orang² begini, aku harus sabar & melayan mereka sebaik mungkin.

Pasal puasa, setakat ni puasa aku okay ja. Belum ada bocor lg. Harap² puasa ku ni diterima olehnya. Sejak kerja ni, setiap hari pergi bazar ramadhan cari makanan untuk berbuka. Masa offday baru dapat berbuka bersama family. Sometimes kalau kawan² ajak berbuka sama², aku akan join. Erm, rasanya ini sajalah yg aku mau share setakat ni. Dah takda idea ni. Selamat berbuka puasa semua.


Salam,

tAphA azRizAn

Sunday, July 31, 2011

puAsA & keRjA

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera.

Erm,lama betul aku tak update blog. Sebab aku jarang update ni adalah 1) takda idea mau tulis apa; 2) malas mau menaip,haha; and 3) aku tak tau. Tapi kali ni aku mau share something with u guys.

Firstly, tomorrow (1st August 2011) kita akan menjalankan ibadah puasa. So,bagi kawan², family, and kenalan², aku ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa. Jadikanlah Ramadhan kali ni Ramadhan yg pebuh bermakna dan memberi keberkatan kepada diri kita dan orang sekeliling.

Secondly, bermula esok (1st August 2011) juga aku akan mula bekerja. Akhirnya dapat juga aku kerja, Alhamdulillah. Aku bekerja sebagai Customer Services Agent. Erm,kalau baca nama jawatan tu pun,memang sudah tau aku akan berhadapan dengan orang ramai. Aku jual bekerja dengan komputer. Masa aku kursus/latihan hari tu,memang pening sikit. Ya la, mau kena belajar sistem komputer tu. Sistem tu bukannya sistem komputer biasa. Kena hafal kod² lagi. Nanti kalau salah tekan kod,habis la. Lain kejadian nanti. Masa praktis hari tu, okay la juga. Boleh la catch up sikit². Kalau hari² berlatih nanti, ingat la tu kod² tu semua.

Apa lagi mau dikongsi?. Aku takda idea sekarang ni. Nanti kalau ada cerita² yg ingin aku kongsi, aku tulis lagi,okay. Sampai disini sahaja, jumpa lagi di entry  yang akan datang. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam di dunia.



Salam,

tAphA azRizAn

Wednesday, May 11, 2011

kenapa aku botak ???

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia..

Wow,formal plak aku nie...hahaha...1st of all, i’m epy coz  lappy dah oke...buli uda online d bilik sampai pagi,hahahaha..erm,banyak betol aku mo crita nie...mo crita pa dulu ar...err,aku crita pasal kes ku dlu la...memandangkan kawan2 ramai yg tanya napa aku botak,so aku mau crita la napa aku botak...

Oke la kekawan,sebab aku botak nie bukan sebab aku buang tabiat,bukan sebab aku baru kuar dari penjara,bukan jg sebab aku.....err,sebab apa ar?hohoho...begini critanya

Pada 18 april 2011, bersamaan pada hari isnin, sekitar pukul 9 pm, aku bersama seorang lg rakan keluar lepak. Kami menuju ke Agnes Keith English Tea House. Kami berbual-bual. Sedang kami menuju ke tempat letak kereta, dua orang lelaki yg tidak dikenali menegur kami. Disebabkan cahaya lampu neon yg suram menyebabkan aku tidak dapat melihat wajah mereka dgn jelas. Aku hanya dapat melihat fizikal mereka sahaja. Kedua-dua mereka kurus, rendah daripada aku. Seorang berambut panjang hingga ke paras pinggang, lurus dan ikat separuh. Seorang lg rambut paras bahu. Mereka berbau alkohol. Pada mulanya, mereka hanya bertanya soalan2 biasa. Aku dan kawanku seperti biasa,menjawab soalan2 mereka.

“ kawasan ni kami jaga. Lebih baik kamu balik. Takut nanti ada apa2 yg jadi sama kamu. Petang tadi ada sekumpulan orang bergaduh di sini,” kata salah seorang daripada mereka.

“ yala,nanti kami balik.” Kawan ku membalas.

“ ba,kita balik la sama2,” kata orang tu lagi.

“ nda pa la,kamu balik la dulu. Nanti kami balik sendiri,” kata kawan ku.

Mereka pun berlalu pergi. Sedang kami menuju ke tempat letak kereta, kedua-dua mereka berpatah balik.

“ ayuk la kita balik sama2. Nanti ada apa2 sama kamu,” katanya.

“ nda pa la, kamu balik la dulu. Nanti kami balik sendiri,” balas kawan ku. Aku memang rasa tidak sedap hati.

“ kamu ada rokok?” salah seorang daripada mereka bertanya.

“ tiada. Kami nda merokok,” balas kawanku.

“ ah,menipu jak kamu ni. Minta dulu ba rokok kamu,” katanya seolah-olah tidak percaya.

“ betul,kami nda merokok,” tegas kawanku.

Tanpa kami duga, salah seorang daripada mereka memukul kawan ku menggunakan tali pinggang yg dililit di tangan. Lepas tu, seorang lg kawannya memukul aku dgn benda yg sama. Mereka memukul kami di bahagian kepala. Aku rasakan dunia masa tu berputar2. Bukan 360 darjah, tapi aku rasa seperti 3600 darjah. Disebabkan kami dipukul di bahagian kepala, kepala pun pening2, kami melarikan diri. Aku hampir terjelopok ke dalam longkang. Nasib baik aku sedar. Dapat aku elak longkang tu. Aku terdengar kawan ku menjerit meminta tolong. Sedang kami berlari menuju astaka peninjau, aku ternampak dua orang lelaki lepak di situ. Aku meminta tolong dgn abang tu. Mereka hampir lari melihat kami berlumuran darah. Tapi dia tidak sampai hati biarkan kami. Memandangkan balai polis dekat, abang tu bawa aku ke balai polis. Kawannya pula temankan kawan aku di astaka peninjau. Mereka naik ke Agnes Keith English Tea House. Laporan yg aku buat pada pukul 10.40 pm. Polis menghubungi ibu bapa aku. Setelah beberapa minit menunggu, abang ipar aku datang. Kebetulan dia baru habis kerja. Pada masa yg sama, ayah dan kakak sulung aku pun sampai bersama-sama dgn abang ku.

Setibanya di hospital, kawan aku pengsan. Aku pula masih cuba kuatkan diri untuk tidak pengsan. Aku mendapat 4 jahitan, manakala kawan aku pula dapat 12 jahitan, belakang dan tepi kepala. Lepas tu, kami pergi ke balai polis semula. Kami buat pengecaman penjenayah. Tapi malangnya, aku dan kawan ku tidak dapat cam siapa2, sebab keadaan yg suram di tempat kejadian membuat aku dan kawan ku susah untuk mengecam wajah mereka. Keesokan harinya pula kami datang lagi ke balai polis untuk membuat keterangan kepada detektif.

Begitu la kisahnya...smggu aku stay d umah jak...makan pun kena pantang..payah betul mau tido...tido bertiarap jak..nda dapat tido melentang coz luka tu d blkg kepala. Mmg trauma jg la...2-3 ari nda dpt tido mlm coz ingt kejadian tu...skrg ni pn,payah uda mau kuar malam...mama aku nda bagi..kecuali ada orang amik aku di umah..klu kuar driving sendiri2,mama aku nda bagi...mcm mama ku plak yg trauma ni smpai skrg..huhu...tu la sebabnya kepala ku botak...terjawab la suma persoalan napa aku botak...klu aku nda botak, sumpak la kepala ku...hohohoho...


ni darah di sapu tangan jak...sapu tangan ni kakak polis tu yg bagi...huhu

baju ni baju yg aku beli dgn kawan2 aku,fuad & leon...


ni masih dlm pantang...hohoho

ni selepas balutan dibuka...mo p buka jahitan ni

and now, aku botak masa kawen abang aku...hohoho


itu la al-kisahnya...so,kawan2,don't try this at home,hahaha...moral of the story, err....pa ar?..pikir sendiri la ar...hihihihi..ba,nanti crita lain lg...

salam,
tAphA azRizAn

Saturday, April 16, 2011

mA LApPy

assalam...

dua ari uda aq xbuka laptop...bukan sebab sengaja,tp mmg xdapat on pun...huhu...antara sebab2nya:-

1- adapter/charger laptop tbakar aritu...tu la pasal xdapat sambung wayar

2- bateri laptop aq tu dah weak sangat2...xsampai setengah jam,dah abis bateri

3- aq satu2nya guna laptop jenama HP Compaq kat umah ni...kakak2 & abang aq suma pakai laptop jenama Acer...so,xdapat la pinjam adapter/charger laptop diorang...huhu

xpa,PC Fair x lama lg, 22 April ni...tp masalahnya, mau beli pn, duit xda...duit gaji guru ganti aritu pun belum masuk lagi...dah b'kurun aq tunggu gaji tu,blom lg masuk2...hurm...aq uda gitau parents gak...my mom ok,dia mau bagi pinjam duit,tapi kena bayar balik..ya la,dah namanya 'pinjam' kan,so kena la bayar balik...hutang2 sebelum ni pun belum lagi abis bayar...xpa mak,tambah lagi hutang k...masukkan ja dalam buku 555,hihihi...

sekarang ni pun online guna PC kat umah ni ja...nasib baik ada PC...ni pun ikut turn pakai,hoho...yala,bapa nak pakai,adik2 pn nak pakai...kalau dah xda sapa pakai,baru la aq dapat pakai PC ni...xpa2,sabar ja dulu...nanti uda dapat pinjam duit ngan mak beli adapter/charger & bateri baru, baru la dapat online 24jam 7 hari....hahahahaha (no wonder bateri weak,adapter/charger tbakar)

wokey la,ni ja la aq mau cita pasal lappy aq...next time jumpa lg ngan crita2 yg lain...c ya soon ^^

tAphA azRizAn

Saturday, April 09, 2011

i'm gonna miss them

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera

Lama betul aq nda update blog ni...almost 2 months, i guess...disebabkan kesibukan yg melanda diri ini,& ketiadaan idea utk menulis blog...tp skrg uda kurang bizi coz kembali spt dulu...hihi...

Sekarang ni uda kembali menjadi ‘penanam anggur’...kontrak jd guru ganti uda abis,so now i have to find another job...banyak uda keja dipohon,until now belum ada jawapan lg...erm,sabar ja menunggu...

Terasa rindu plak ngan students aq...biarpun ada klas yg aq x masuk mengajar,blh dikatakan suma ok jak ngan aq...biarpun diorang ni nakal,x dengar cakap (kadang2 la),disebabkan kenakalan, kedegilan diorang la aq rindu...kadang2 bikin naik darah jg dgn perangai diorang...but i’m happy coz they made my day...

Masa mula2 mengajar, aq disuruh ajar subjek sejarah, geografi, & pjk (pddkn jasmani&kshtn)...pas cuti CNY pla, aq ajar sbjk sivik & pjk...hmpir stp tgktn aq ada ajar...dr form 1-5...tp x suma klas la...bdk2 menengah atas senang ckit la ajar coz uda besar kn...pndai dgr ckp...klu menengah rendah ni,ssh ckit..degil,ssh mau dgr ckp...klu bdk2 form 1,ish2...sabar jak idup ajar diorang ni...dimarah,dipukul,dicubit,dirotan, bukannya serik2..x takut pn...lg la diorang suka...

Masa mgajar,bila ditanya,diorang ni suka ati jak bg jawapan...bukannya pikir pnjg pn...klu yg nda fokus tu pla,tetiba jak myampuk..tah pa2 jak d sebut...sakit ati ada,tp lucu gak sbb jawapan diorang tu wat aq ketawa...lagi 1, disuruh salin nota pn,boleh lagi salah eja...sedangkan tiru jak dalam buku teks...ni antara contoh yg aq amik dr buku nota diorang...ni sbjk sejarah...

 nama tempat baru: semenanjung manusia


kuantan uda pindah tmpt g kalimantan...kalimantan nda tau p mana...





baru aq tau sejarah rupanya satu bahasa...huhu


ni student yg tulis...dia salah wat...huhu


   student ni bagus...dia respon komen aq...hihi


yg ni pun salah wat jg...

Erm,skrg ni juz b’mesej jak ngn students...klu diorang ajak g library wat study group, aq join la..juz ajar pa yg patut...walau apa pun, diorang uda ceriakan ari2 ku d sek...thanks guys...im gonna miss them...huhu

Salam

tAphA azRizAn

Thursday, February 10, 2011

I'M BACK

ASSALAMUALAIKUM WBT
Salam buat para pembaca (kalau ramai pembaca la).
Wah, lamanya aku tak update blog. Disebabkan kesibukan dan ketiadaan idea, ni la akibatnya, jarang update blog sendiri. Dah sebulan aku tak update blog aku. Sampai kawan aku, Alina pun marah sebab aku tak update blog aku. Huhuhu. Last entry pada 13 Januari 2011, yang bertajuk kalau mencari teman. Banyak ni yang aku mau cerita. Tak tau mau cerita yang mana satu dulu. Tak pa la, aku cerita satu². aku post banyak entry nanti. Hehehe...
Baiklah, aku rasa aku mau cerita pasal banjir la. Hah,sebut pasal banjir, area umah aku kena banjir. Bukan jak area umah aku, tapi 1 daerah.  Daerah Sandakan.  Kejadian yang jarang sekali berlaku di Sandakan. Kawasan batu 7 kena banjir. Kawasan bandar pula kena tanah runtuh. Ish², memang dasyat. Aku tak tau la apa masalahnya. Mungkin sebab sistem perparitan yang kurang baik menyebabkan berlakunya banjir. Hakisan tanah? Mungkin terlalu banyak sudah pembangunan yang dibuat di Sandakan ni. Banyak bukit² diradu untuk buat kawasan perumahan. Aku pun tak tau sapa silap & di mana silapnya. Harap pihak² yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ni. Area umah aku ni memang tak boleh hujan lebat. Setiap kali hujan lebat tanpa henti, kena² lagi air pasang, konpom air naik. Pastu konpom banjir. Tapi salunya tak masuk umah. Tapi kali ni memang teruk sampai air masuk dalam umah. Air paras lutut tu. Gambar² di bawah ni di amik masa banjir yang entah ke berapa kali. Ni masa hari ke-3 @ ke-4.
 Ni la keta bapa aku. Tenggelam sebab banjir. Tak dapat diselamatkan.
 Ni la budak2 suka sangat main air banjir sebab diorang tak pena merasa air banjir. hihihi


 Dalam tandas pun banjir. ish2

 Gambar ni & gambar atas tadi menunjukkan area belakang umah
Ni dari pandangan atas


Tadi cerita pasal banjir. Sekarang aku mau cerita pasal kerja aku. Sejak aku diberhentikan oleh ‘bos’ tanpa sebab yang musabab, aku sekarang dapat kerja lain. Kerja pa?? Ala, just jadi guru ganti ja. Bidang ni la aku minat dari dulu lagi. Entah kenapa aku minat bidang pendidkan ni, mungkin best agaknya ajar budak² ni. Dan buktinya, memang best gak mengajar ni. Tapi sakit jiwa juga sebab budak² sekarang ni bukan macam budak² sekolah zaman aku dulu. Kena² sekolah yang aku ajar ni terkenal dengan kes disiplin yang kurang baik. Tapi, sejak aku mengajar di sekolah ni, so far aku tengok, ok ja pun student² dia. Tapi memang sakit jiwa mengajar budak² ni, lebih² lagi kelas belakang. Hah, aku ajar kelas belakang, form1. Dah la banyak cakap dalam kelas, bila disuruh jawab soalan, pandai pula diorang diam. Kalau tak ditanya, banyak pula mulut, nak juga ikut bercakap. Bila tinggikan suara, kejap ja diam. Then, diorang buat balik perangai. Apa² pun, aku dapat experience yang tak mungkin aku dapat di mana². Setiap hari bila mengajar, ada ja jawapan² yang melucukan. Nak serius 24jam pun tak dapat sebab diorang bagi jawapan yang entah apa². Kena² aku ni jenis yang susah nak serius sangat & cepat ketawa. Hahaha...
OK la kawan², aku nak p makan. Tetiba rasa lapar. Huhuhu... insyaALLAH akan aku cuba untuk update blog sekurang²nya seminggu sekali. Itupun kalau ada cerita la. Hehehe... OK, jumpa lagi. Jaga diri.
Salam,
tAphA azRizAn


Thursday, January 13, 2011

kAlaU meNcaRi tEmaN

Kisah duka ulang-berulang
Hati luka cinta kecundang
Bagaikan bunga kembang dipuja
Layu dibuang

Bercintalah berpada-pada
Usah serah segala
Turutkan hati turutkan rasa
Diri sendiri akan binasa

Demi masa depanmu
Berhati-hati selalu
Kaji asal-usulnya
Jangan sampai terpedaya

Dari kau bercinta-cinta
Baiklah berumahtangga
Kalau mencari teman
Janganlah memandang luaran
Cari yang beriman


Ni la lirik lagu yg ditulis oleh  Razman/Habsah Hassan, yg btajuk ‘Kalau Mencari Teman’, dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Malaysia, Ziana Zain. Aq terdengar lagu ni dalam bas,masa aq on the way gi ofis pagi tadi. Kalau diteliti lirik lagu ni, rangkap pertama dan kedua tu menyuruh kita agar bercinta berpada-pada. Jangan diturutkan hati,kelak diri sendiri akan binasa. Maksudnya di sini, kalau mau bercinta tu boleh, tapi agak2 la. Jangan sampai menyerahkan diri kepada pasangan sewenang-wenangnya. Jika diperhatikan masa kini, ramai remaja terjebak dengan kes terlanjur dengan pasangan masing2. Hampir setiap hari ada sahaja berita mengenai kes pembuangan bayi. Tidak kira la dibuang di tong sampah, tepi sungai, dalam mangkuk tandas, dan tempat2 lain. Aq pun hairan, banyak betul kes pembuangan bayi. Tidak tau la salah siapa. Bagi aq, tidak boleh salahkan siapa2. Semua orang ada peranan masing2 dalam membendung hal ini daripada terus berlarutan.


Kurangnya didikan agama menyebabkan berlakunya kes2 sedemikian. Ibu bapa yg sibuk dgn kerja masing2, pendidikan agama terhadap anak2 terabai. Mereka hanya mengharapkan guru2, ustaz & ustazah di sekolah untuk memberikan pendidikan kepada anak2 mereka. Seharusnya,mereka perlu mengambil berat akan semua perihal anak2 mereka. Perhatian harus diberikan sepenuhnya, tapi tidak bermaksud mengongkong, atau menyekat pergerakan anak2 mereka. Ibubapa harus tau ke mana anak mereka pergi, dgn siapa anak mereka berjumpa. Ibubapa juga perlu mengenali rakan2 rapat anak mereka. Dgn cara ni, ibubapa dpt mengetahui pergerakan anak melalui rakan2 anak mereka. Biar sesibuk mana pun ibubapa dgn kerja masing2, mereka harus meluangkan masa untuk anak2 mereka. Mereka haruslah meluangkan masa hujung minggu bersama anak2 agar mereka tidak rasa terabai.


Dari segi pemilihan kawan, remaja harus bijak memilih kawan. Kalau sudah tau perangai kawan tu lain macam, jangan la berkawan. Kalau mau berkawan jg pun, boleh. Tapi jangan la ikut perangai kawan tu. Cari la kawan2 yg boleh membawa kita ke jalan yg benar. Kawan2 aku ada juga yg nakal, tp nakal2 biasa. Biarpun nakal, hati baik. Tidak juga diorang ajak buat yg bukan2. Nakal kawan2 aku ni bukan mcm budak nakal yg lepak2 di tepi jalan,yg buang masa melalak kat tepi jalan,buat bising. Kalau mau lepak pun,cari la tempat best sikit. Kat umah ka, restoran ka. Ni tepi jalan, melalak buat bising sampai ke pagi. Orang nak tido pun susah.


Diri sendiri jg memainkan peranan yg penting dlm membentuk jati diri & nilai2 dlm diri. Remaja seharusnya bijak berfikir, tahu mana yg salah, mana yg betul. Disebabkan mudah terpengaruh, terjadinya kes2 sedemikian. Ditambah lagi dgn syaitan yg berada d sekeliling, iman yg lemah, memudahkan mereka terjerumus & hanyut dibuai mimpi indah yg akhirnya memakan diri sendiri. Jika kita kuat pendirian, semua ini tidak akan berlaku. Tolong la jgn mudah termakan pujuk rayu pasangan anda yg entah apa2. Bak kata pepatah, ‘habis madu,sepah dibuang’. Lirik lagu yg Ziana Zain nyanyi ni plak da berbunyi ‘bagaikan bunga kembang dipuja layu dibuang’. Nah, paham2 sendiri la kata2 tu ar. Sayang jak mahkota yg kamu pertahankan tu dirosakkan oleh mereka yg belum tentu akan menjadi pasangan hidup kamu selama-lamanya. Kalau pun mau buat benda tu, kawin jak. Abis crita. Kan senang. Tak payah nak tanggung malu. Takda la juga kamu conteng arang kat muka mak bapak korang. Macam dua lagi rangkap lagu yg Ziana Zain nyanyi:

Demi masa depanmu
Berhati-hati selalu
Kaji asal-usulnya
Jangan sampai terpedaya

Dari kau bercinta-cinta
Baiklah berumahtangga
Kalau mencari teman
Janganlah memandang luaran
Cari yang beriman

So, cari la boipren yg betul2. Jgn tengok muka jak. Biarpun hensem macam mana sekalipun, tapi hati tak baik, takda guna. Baik cari hati yg baik, biar muka x lawa. So,before korang nak kapel2 ni, selidik dulu latar belakang dia. Famili dia ok ke tak, orang tu ok ke tak. Jgn percaya jak kata2nya. Lagu satu, cari la yg beriman k. Aku ni pun nak cari yg alim. Tp x la alim sangat sbb aq pn x alim sgt. Nak cari yg biasa2 jak yg boleh mendidik anak2 aku nanti. Kalau setakat luaran jak cantik, dalaman belum tentu cantik. So, kawan2 semua, berhati-hati la cari pasangan k. Kaji betul2. Jgn terpedaya dgn muka yg hensem, cantik, cute.


Wah, panjang uda aku membebel ni. Aku saja ja tulis ni. Untuk ingatan bersama. Aku terpanggil untuk tulis crita ni sbb aku dengar lagu Ziana Zain td. Hihihi. Ba, sampai di sini sja la aku tulis ar. Next time aku tulis lg.

Salam,

tAphA azRizAn

Tuesday, January 11, 2011

...

assalamua'alaikum...

dah beberapa hari aku tak tulis blog. tak tau nak tulis apa, takda idea. sekarang ni pun tengah boring2 kat ofis, tak tau nak watpa...so, tulis la pa yang patut kat blog ni. tadi aku sempat lagi baca blog kawan aku, cebekabduh.blogspot.com.. latest entry dia cita pasal membaca. kat malaysia ni purata orang membaca buku dalam setahun adalah 8-12 buku. ada peningkatan dari yang dulu yang cuma purata 3-4 buku setahun (kalau x silap la). aku ni pun sebenarnya bukannya rajin sangat baca buku. kalau buku tu best, baru baca. tu pun salunya kawan2 yg syorkan. macam sekarang ni,kawan aku, alina syorkan aku baca novel. tajuknya aku lupa la. dia cakap novel tu best. kawan aku tu suka sangat baca novel. masa study dulu pn, aku ni x la rajin sgt wat ulangkaji. bila ada mood,baru wat revision, wat nota. tapi kalau ada keja dibagi, mesti buat. tu pun last minit.

actually, best juga membaca ni. banyak pengetahuan kita boleh amik. membaca tidak semestinya mau baca buku. setiap hari kita membaca. kalau kita melayari internet, buka facebook ka, apa ka, mesti kita membaca kan?.membaca post2 yg kawan2 kita. kalau kita jalan2 pi bandar ka,mana2 ka, mesti kita baca papan tanda yg ada di tepi2 jalan. kita baca signboard, billboard iklan, n etc. so, ini menunjukkan kita membaca setiap hari. betul ka pa yg aku cakap ni. huhu. tapi, apa yg dimaksudkan di sini adalah membaca bahan bacaan, even baca komik pun dah ok dah. tapi kalau boleh, baca la bahan2 yg berguna,contohnya buku2 ilmiah, novel2 yg ada pengajaran ka. macam kawan aku c alina tu, dia suka baca novel tulisan imaen. biarpun novel cinta, tapi terselit ajaran agama yg boleh dipelajari oleh pembaca.

ba,aku rasa panjang sudah aku tulis (aku rasa la). cukup la setakat ni, ada masa next time aku post lagi ok.

salam,

tAphA azRizAn

Wednesday, January 05, 2011

hUjAn

salam...aku buat tajuk hujan bukan sebab aku minat kumpulan hujan..hihi...aku buat tajuk ni sebab sekarang ni musim hujan...di sandakan ni sudah tiga hari hujan jak...berhenti pun 2-3 minit,pastu hujan lagi...tapi kata orang,tidak boleh merungut kalau hujan, sebabnya hujan tu satu rahmat...so,kena la bersyukur dengan rahmat yang diberikan...tadi dengar laporan kaji cuaca di tv, hujan ni dijangka akan berterusan sehingga malam jumaat minggu ini...maksudnya esok malam la tu...takut betul aku nanti banjir ba...huhu...yala,area perumahan aku ni sudah 3x banjir...1st time aku nampak banjir di area perumahan aku ni tahun lepas...masa puasa kalau tidak silap...macam ni juga la,hujan tak henti2...tapi masa tu bukan la hujan lebat sangat pun...just hujan sederhana jak...tup2 tengah malam banjir...abis umah masuk air...nasib baik umah aku dah ada tembok kat belakang...kalau tidak,confirm air mesti masuk umah punya...tapi kesian pulak tengok jiran2 kat sebelah2 umah...abis barang2 perabot,tv,peti ais rosak kena air...macam sebelah umah aku tu,kesian betul tengok malam tu...dah la diorang tido kat ruang tamu,abis tilam terapung2...ish2...rasa lucu pun ada sebab tilam dia terapung...hihi...

bila tengok budak2 main kat jalan raya petang tadi,best ja rasanya...macam mau balik zaman budak2 dulu...dapat mandi hujan...hihi...tapi sekarang ni air hujan dah tak best macam dulu...sekarang ni air hujan ada asid (mungkin la)...nanti kulit rosak...hahaha...kalau hujan2 biasa ja, aku suka...tapi aku tak suka sangat hujan yang diiringi guruh & guntur..pastu kilat sabung-menyabung...seram betul aku rasa...huhu...kena2 lagi tetiba letrik terputus...lagi menyeramkan...huhuhu...musim hujan macam ni, pakaian,baju,seluar,tak kira luar ka dalam,confirm tak kering punya...mesti kena jemur dalam umah...terasa macam kat pasar malam plak banyak baju, seluar etc tergantung di sana sini, di setiap pelusuk umah...haha...pastu dengan bau lembab & bau softlan...haha...

harap2 malam esok cuaca dah ok,stabil...& harap2 la juga tak banjir...susah nanti kalau banjir...erm,time2 hujan ni,kalau tido memang best...ba,sa tido dlu ar...nti sa post lagi...hihi...tetiba plak teringat lagu sudirman-hujan...ba,marilah kita nyanyi tu lagu sampai tetido...hahaha...gudnite

salam,

tAphA azRizAn

Tuesday, January 04, 2011

kEjA

salam...
susah betul mau cari keja skrg ni...aq pun x faham,samada graduan yg memilih keja @ majikan yg memilih pekeja...bila tgk iklan2 jwtn kosong,mst mau pengalaman keja...graduan yg baru kuar manada pengalaman keja...tp aq b'syukur la ada keja skrg ni...biarpun aq rasa boring & goyang2 kaki ja,tp ok la drpd xda keja langsung...makasih la ma kawan aq, Alina, yg rekomen diri ini utk bkeja...

aq ni mau crita sal keja aq...pasal bos...dia ni org KK (kota kinabalu)...jarang2 datang ofis d sandakan...arini dia datang...memang huru-hara ofis bila dia datang...klu dia xda,suma staf senang-lenang...kena2 lg xda customer datang...bos ni ok la,x jg garang sgt...biarpun dia ni cerewet,tp blh bawa bincang...d luar ofis, dia ok...mcm biasa bcrita2,mcm kwn dgn kwn...tp klu bab keja,mmg cerewet...arini dia gitau aq,dia tukarkan aq p bhgn sales...dlu dia letak aq d bhgn admin...x la jg pecah kepala cari customer...skrg ni dah ditukar p bhgn sales,abis la aq...tpaksa cari customer ke hulu,ke hilir...adeh...ingatkn mau cari keja lain...klu ada dapat keja lain,aq chow la...huhu...sebelum dia balik KK td, dia blanja kami suma makan...1st time la ni dia blanja kami makan setelah dua bulan keja dgn dia...sot2 jg bos kami ni ba...apa2 pn,mmg dia ok la...bos yg senang runding...

esok aq p interview dgn c dayang...interview keja bhgn marketing jg...tp ni cari org utk jd pelajar...komisen lg tggi dr keja skrg ni...pastu mau mohon jg part-time tutor plak...x tau la mana 1 yg dapat...kena fikir2 lg ni...skrg ni x blh pilih keja sgt...keja jak pa yg ada...skrg ni pun aq mohon jg keja kerajaan...xtau la ada respon ka x...doa2 jak la,amin...

salam,

tAphA azRizAn

Monday, January 03, 2011

ISKUL a.k.a sekolah

arini start uda budak2 iskul (skolah)...tingat plak zaman budak2 dlu,msa sklh rndh...da yg menangis lg,hihi..tp aq x nangis k...aq dlu sklh rndh d SJK (C)...dr tadika lg sklh cina...best gak la...ingat lg aq msa drjh 1, aq kena pukul jari guna pembaris sbb xtau sebut perkataan yg diajar...punya la sakit...klu dlu, cigu2 blh pukul/rotan anak murid...skrg ni, jentik anak ckit pn,ibubapa uda p report sana sini...siap masuk tv lg...bbeza btl uda sistem dlu & skrg...

bdk2 IPT pn start uda kuliah arini...bg junior2 yg bru msk tu, slmt menempuh alam IPT...jaga diri,nanti kita raging...hihi...nasib baik la dlu aq x pena kena raging...

ok la,xda idea mo tulis ni...slmt bsekolah & bkuliah...hihi

salam,

tAphA azRizAn

assalamu'alaikum

salam kepada pembaca...ni 1st time aq wat blog...ni pun uda beberapa kali kawan2 suruh wat...aq pn xtau mo tulis pa d blog ni...apa2 pun, aq bru bjinak2 d blog ni....so,apa2 hal,tnjuk ajar la k...

d kesempatan ini, aq mo ucapkn epy new year ma suma org...rasanya blm lg tlmbt mo ucap kan (melainkn org lmbt bca post ni,hihi)...so far,aq blm ada idea lg mo tulis pa dlm blog ni...saja2 jak buat...klu ada idea,share2 la ba...hihi...o ya,aq ni org sabah....klu da yg x faham tu,faham2 sndri la k...hihi...klu mo tanya pn,aq ok jak...

rasanya ckp la dlu stkt ni,nti klu da idea lg,aq smbg tulis...thnx guys...

salam,

tAphA azRizAn