Sunday, December 16, 2012

hO hO hOLiDayyy

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Yeay, cuti !!! Kenapa pula aku happy?. Sedangkan dah pertengahan Disember, cuti sekolah pun dah nak habis. Sejak bulan lepas lagi, semua orang sibuk pergi holiday dengan family masing-masing. Lagi untung golongan pendidik, especially guru-guru sekolah. Bila cuti sekolah, diorang pun cuti. Kecuali mereka yg menjaga peperiksaan besar seperti SPM dan STPM.

Bila cuti sekolah ja, ramai ibubapa yg buat planning nak bawa anak-anak dan keluarga untuk bercuti. Begitu jg dengan staf-staf kat office aku ni. Bergilir-gilir ambik cuti. Aku ni ja yg belum cuti lg. Asyik cover kerja diorang ja. Takpa, jangan mengeluh, tu rezeki. Alhamdulillah. Takpa, kalau takda halangan, aku cuti gak nanti. Bagi peluang dengan diorang dulu untuk bercuti. Nasib baik la aku ni belum kawen. Kalau dah kawen and ada anak, confirm berebut nak cuti gak,hahaha.

Hmm,kalau ambik cuti nanti, taktau pula nak pegi mana. Takkan la dok umah ja kan. Bosan. Rasanya nak pegi tempat-tempat yg boleh relax, tenangkan jiwa dan raga serta minda yg penat bekerja. Kawan-kawan lak semua masih busy kerja. Maklumlah,hujung tahun la katakan. Banyak filing kena buat. Pastu, nak kira itu la, kira ini la. Kena close account la. Macam-macam. Rasa malas lak nak ganggu kawan-kawan. Tapi takkan la nak pegi holiday sorang diri. So bosan kalau jalan sorang-sorang.

Aku ni tak la selalu sangat gi holiday. Kalau ada rezeki lebih, cukup bajet, aku pegi la holiday. Tahun ni baru dua kali rasanya aku gi holiday. Kesian sungguh. So, kalau takda halangan, aku nak gi holiday hujung tahun ni. Ada kawan ka, takda kawan ka, tu fikir kemudian. Yg penting aku gi holiday,haha.

Entah apa-apa ja aku mencarut ni kan. Entri aku takda isi langsung. Kalau karangan SPM or STPM ni, confrim fail,sebab takda isi, hahaha. Aku ni saja ja tulis entri ni. Actually jealous tengok orang gi holiday,hahaha. Stress kerja sebenarnya. Nak gi holiday untuk release tension. Pastu baru sambung kerja lg. Tak boleh la kerja ja terus,takda rehat. Nanti stress ja, rambut pun berguguran,hahaha. Okay la, tak tau nak tulis apa lg. Malas dah nak mencarut tah apa-apa. Until next time, see ya.


Wassalam,

tAphA azRizAn


Thursday, December 13, 2012

Which One.?.Student Dilemma

"Cikgu, aku bingung sekarang ni. Samada mahu masuk tingkatan enam atau masuk kolej atau masuk politeknik. Terlalu banyak pengaruh."

"Pengaruh macam mana?"

"Ramai kawan kata masuk politeknik,atau masuk kolej. Ramai yang tak setuju aku sambung tingkatan enam. Malah dikutuk lagi."

"Kan cikgu dah bagi pendapat hari tu."

"Ya, tapi aku ragu-ragu. Kalau aku sambung tingkatan enam, tiadalah kawanku sebab diorang tak mahu sambung tingkatan enam."

(Perbualan antara pelajar dan guru)


Aku pernah mengalami situasi di atas. Aku bingung memikirkan pasal study. Bingung di mana mahu sambung. Aku pernah juga dalam dilema. Apa yang aku lakukan adalah meminta nasihat, pandangan serta pendapat daripada keluarga, ibubapa, guru-guru yg rapat dengan aku (terutama guru kaunseling), rakan-rakan, serta kenalan-kenalan dalam internet.

Setiap pilihan tersebut ada pro dan kontra. Ia terpulang kepada individu itu sendiri. Sebab apa? Sebab dia yang tentukan perjalanan hidup dan masa depannya sendiri,bukannya orang lain. Minta pendapat dengan orang sekeliling, fikir baik dan buruk setiap pilihan yg ada. Jangan lupa, fikirkan juga kesan-kesan yang ada.



Tingkatan enam (STPM)

Ramai pelajar lepasan SPM tidak mahu untuk meneruskan pengajian di tingkatan enam? Why? There are some reasons. Antaranya ialah STPM susah. Buku semua tebal-tebal. Lagipun, masih lagi pakai pakaian seragam sekolah. Apa kelas. Pastu, masih lagi terikat dengan peraturan sekolah. Urgh, tiada kebebasan langsung.

Aku akui, STPM susah, buku tebal-tebal. Tengok jak buku yang tebal, ngeri siot. Pastu, kena pakai pakaian seragam sekolah lagi. Memang tiada kelas langsung. Peraturan sekolah terlalu banyak. Itu tak boleh buat, ini tak boleh buat.

This is my opinion. Mana-mana peperiksaan pun tiada yg senang. Kalau tak study,memang tak pass. Melainkan orang tu genius. Kalau masuk kolej or politeknik, tapi tak jg study, tak jg pass exam adik-adikku. Pasal pakai seragam sekolah pula, bagi aku takda masalah pakai pakaian seragam sekolah. Tak mati juga kan pakai pakaian seragam sekolah. Diorang nak masuk politeknik or kolej because nak glamour ja (I guess). Masing-masing nak tunjuk style sendiri. Ayo, pakaian tu takkan bagi korang dapat 4 flat dalam exam pun. Setakat style yg macam-macam tapi tak juga study, takda maknanya. 

Peraturan. Peraturan. Peraturan. Adik-adik sekalian, ke mana kita pergi sekalipun, memang ada peraturan. Even dalam kehidupan pun ada peraturan. Peraturan tu dibuat supaya korang semua ada etika. Dekat kolej pun, ada juga peraturan. Bila dah kerja nanti pun, ada juga peraturan. So, kita memang tak boleh lari dari peraturan.

Tingkatan enam ni sebenarnya tak la teruk sangat seperti yg digembar-gemburkan. Aku pun sebenarnya masuk tingkatan enam jg, tiada jg masalah. Tingkatan enam ni ada kelebihannya. Biar pun buku semuanya tebal, korang masuk kolej or politeknik nanti pun,sama jg. Kalau korang nanti nak apply masuk IPT sambung belajar degree, antara lepasan STPM, lepasan diploma dari IPT, and lepasan matrikulasi, mereka akan utamakan pelajar lepasan STPM, then baru lepasan diploma dari IPT. That's what my teacher told me. So, bila dengar macam tu, aku pun termotivasi untuk sambung tingkatan enam.

Cikgu aku pernah cakap, peperiksaan STPM adalah antara peperiksaan tersusah di dunia. WOW, dunia tu. So, bagi siapa-siapa yg pass STPM, korang memang terer daripada pelajar-pelajar diploma. STPM ni tak la susah sangat. Study ni kena ada teknik gak. Bukannya study macam tu ja. You must remember this phrase "Study Smart, Not Study Hard".



Diploma (Kolej/Politeknik or other IPT)

Hurm, yang ni aku tak tahu sangat. Sebab aku dulu ambik STPM, then ambik degree. Diorang ambik diploma mungkin sebab result diorang baik (tapi bukan yg ambik STPM tu result tak baik okay. Cuma rezeki nak masuk U je takda). Ambik diploma ni pun bukannya senang. Korang kena study betul-betul untk dapatkan gred yg baik. Kalau gred tak baik, memang kena buang kolej. Lagi tambah masalah kalau macam tu.

Dekat U pun ada peraturan. Kalau stay dekat asrama, ada juga peraturan. Sama gak dengan sekolah. Cuma bezanya dekat U korang boleh pakai baju biasa, boleh tunjuk style masing-masing. Lagi satu, kalau u guys nak sambung dekat kolej or politeknik, satu semester ada banyak subjek. Paling kurang pun ada 5 subjek kena belajar dalam satu semester. Kalau STPM pula, paling kurang ada 4-5 subjek ja. Pastu 4-5 subjek tu untuk setahun setengah belajar dekat sekolah. Kalau ambik diploma 3 tahun. 1 tahun ada 2 semester,so 3 tahun ada 6 semester. Ambik contoh 1 semester ada 5 subjek, 6 semester u guys kena belajar 30 subjek untuk complete-kan diploma korang. Banyak tu. Dah la banyak, lama pula kena tunggu 3 tahun baru dapat sambung degree. Kalau ambik STPM, abis belajar setahun setengah, dah dapat sambung degree. Kan jimat setahun setengah lg. I have a friend. My classmate, my bestfriend. Dia cakap ngan aku dia menyesal ambik diploma. Dia jealous (jealous yg baik okay) tengok aku and kawan-kawan lain sambung degree. Sekarang dia dah sambung degree, aku and kawan lain pula dah kerja. Lagilah dia jealous.

Lagi satu, yuran masuk kolej/politeknik ni bukan murah wei. Biarpun ada PTPTN, bukan semua orang layak dapat pinjaman. Kalau dah dapat pun, abis belajar korang kena bayar balik pinjaman tu. Melainkan korang ni pelajar yg cemerlang dapat 4 flat. Then pinjaman tu jadi biasiswa, free takyah bayar. Kalau masuk tingkatan enam, just bayar yuran sekolah berapa ja. Tak mahal sangat pun. Yuran masuk kolej swasta ni tersangat la mahal. 1 semester dah beribu-ribu. Tu baru 1 semester, belum lagi 6 semester. So, fikir-fikirkanlah.



All decisions are yours

Tak kira la u guys nak sambung tingkatan enam ka, diploma ka, semua keputusan dari diri korang sendiri. U guys tanya la orang-orang yg ada di sekeliling, apa kelebihan dan kekurangan sambung tingkatan enam or diploma. Rujuk kepada yg pakar, for example your teacher, terutamanya guru kaunseling. So that u guys dapat panduan ke mana harus dituju. Fikir dalam-dalam. Fikir kesan-kesannya. Then, buat keputusan sendiri. Jangan disebabkan tiada kawan, korang nak ikut kawan. Kawan boleh dicari. Jangan terlalu terpengaruh dengan kawan. Nanti takut dia tersalah pilih, korang pun terikut pula tersalah pilih. Ambik semua nasihat, pendapat dan pandangan itu sebagai panduan untuk korang membentuk perjalanan hidup korang seterusnya. Kalau masih juga ragu-ragu, korang buatlah solat istikharah. Minta petunjuk dengan Maha Esa agar dipermudahkan segalanya.





tAphA azRizAn