Sunday, December 16, 2012

hO hO hOLiDayyy

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Yeay, cuti !!! Kenapa pula aku happy?. Sedangkan dah pertengahan Disember, cuti sekolah pun dah nak habis. Sejak bulan lepas lagi, semua orang sibuk pergi holiday dengan family masing-masing. Lagi untung golongan pendidik, especially guru-guru sekolah. Bila cuti sekolah, diorang pun cuti. Kecuali mereka yg menjaga peperiksaan besar seperti SPM dan STPM.

Bila cuti sekolah ja, ramai ibubapa yg buat planning nak bawa anak-anak dan keluarga untuk bercuti. Begitu jg dengan staf-staf kat office aku ni. Bergilir-gilir ambik cuti. Aku ni ja yg belum cuti lg. Asyik cover kerja diorang ja. Takpa, jangan mengeluh, tu rezeki. Alhamdulillah. Takpa, kalau takda halangan, aku cuti gak nanti. Bagi peluang dengan diorang dulu untuk bercuti. Nasib baik la aku ni belum kawen. Kalau dah kawen and ada anak, confirm berebut nak cuti gak,hahaha.

Hmm,kalau ambik cuti nanti, taktau pula nak pegi mana. Takkan la dok umah ja kan. Bosan. Rasanya nak pegi tempat-tempat yg boleh relax, tenangkan jiwa dan raga serta minda yg penat bekerja. Kawan-kawan lak semua masih busy kerja. Maklumlah,hujung tahun la katakan. Banyak filing kena buat. Pastu, nak kira itu la, kira ini la. Kena close account la. Macam-macam. Rasa malas lak nak ganggu kawan-kawan. Tapi takkan la nak pegi holiday sorang diri. So bosan kalau jalan sorang-sorang.

Aku ni tak la selalu sangat gi holiday. Kalau ada rezeki lebih, cukup bajet, aku pegi la holiday. Tahun ni baru dua kali rasanya aku gi holiday. Kesian sungguh. So, kalau takda halangan, aku nak gi holiday hujung tahun ni. Ada kawan ka, takda kawan ka, tu fikir kemudian. Yg penting aku gi holiday,haha.

Entah apa-apa ja aku mencarut ni kan. Entri aku takda isi langsung. Kalau karangan SPM or STPM ni, confrim fail,sebab takda isi, hahaha. Aku ni saja ja tulis entri ni. Actually jealous tengok orang gi holiday,hahaha. Stress kerja sebenarnya. Nak gi holiday untuk release tension. Pastu baru sambung kerja lg. Tak boleh la kerja ja terus,takda rehat. Nanti stress ja, rambut pun berguguran,hahaha. Okay la, tak tau nak tulis apa lg. Malas dah nak mencarut tah apa-apa. Until next time, see ya.


Wassalam,

tAphA azRizAn


No comments:

Post a Comment