Tuesday, October 30, 2012

hAlloWeeN

Assalamualaikum wbt & alam sejahtera...

Bertemu kita kembali sejak sekian lama saya tidak menulis di blog ini. Memang banyak sudah sawang2 dalam blog ni. Hehe. Kali ini saya terpanggil ingin menulis mengenai perayaan Halloween yang dirayakan oleh bukan sahaja orang barat,tetapi juga rakyat Malaysia. I'm wondering what is Halloween? Saya ni kuno sikit. Hahaha. Sekarang barulah saya mencari apa maksud sebenar Halloween. So, marilah saya kongsi serba sedikit mengenai Halloween.

Halloween atau Hallowe'en (All Hallows' Evening), juga dikenali sebagai All Hallows' Eve adalah perayaan tahunan yang dirayakan di beberapa negara Inggeris pada malam 31 Oktober. Menurut kebanyakan sarjana, perayaan ini pada asalnya dipengaruhi oleh perayaan menuai Eropah barat dan perayaan kematian, terutamanya Celtic Samhain. Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin, dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol tersebut.

Secara tipikal, aktiviti-aktiviti semasa perayaan Halloween termasuklah trick-or-treating, menghadiri parti kostum, mengukir lampu labu jack-o-lantern, menyalakan unggun api, melawat tempat2 berhantu, bercerita mengenai cerita-cerita seram dan menonton wayang seram. Perayaan Halloween ini dirayakan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "trick or treat". Ucapan "trick or treat" merupakan semacam 'ugutan' yg bermaksud "beri kami gula-gula atau kami buat kacau". Tetapi sekarang hanya sebahagian kanak-kanak yg masih membuat kacau di rumah orang yg tidak memberikan apa-apa dengan 'menghiasi' pohon yg ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkapdengan sabun.

ASAL USUL HALLOWEEN

Sejarah Halloween berasal dari zaman purba yg dirayakan oleh orang Celt yg dikenali sebagai perayaan Samhain. Orang Celt yg hidup 2,000 tahun lalu di kawasan yg kini Ireland, United Kingdom dan utara Perancis menyambut tahun baru pada 1 November. Pada hari tersebut menandakan berakhirnya musim panas dan musim menuai serta permulaan kegelapan,dan musim sejuk, yg dikaitkan dengan kematian manusia. Masyarakat Celt percaya bahawa pada malam sebelum tahun baru tersebut, sempadan antara dunia kehidupan dan kematian menjadi kabur. Pada malam 31 Oktober, mereka akan menyambut perayaan Samhain, yg mana mereka percaya bahawa roh orang yg sudah mati kembali ke bumi. Dengan adanya masalah dan kerosakan tanaman, masyarakat Celt percaya bahawa dengan kehadiran roh si mati akan memudahkan Druid, atau paderi Celtic, untuk membuat ramalan tentang masa depan. Bagi mereka yg bergantung sepenuhnya kepada alam semulajadi, ini adalah sumber penting keselesaan dan hala tuju semasa musim sejuk yg panjang dan gelap. Untuk menghindar roh jahat menyebarkan pengaruh negatif di antara mereka, masyarakat pada masa tersebut akan menggunakan topeng dengan wajah buruk atau berdandan seperti makhluk jahat, sehingga roh-roh tersebut menganggap bahawa mereka tidak seharusnya diganggu dan membiarkan perayaan berjalan dengan lancar dan meriah. Daripada tradisi dan kepercayaan inilah tradisi mengenakan kostum berkembang dan diamalkan sehingga sekarang.

Daripada sumber wikipedia bahasa melayu, Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yg merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow). Perayaan hari agama Katolik iaitu Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yg dirayakan pada 1 November pernah dikenali sebagai All Hallows' Day yg merupakan penyingkatan daripada All Hallowed Souls. Hari Para Orang Kudus ditentukna oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan masyarakat gasar dengan alasan ingin masayarakat tersebut mempercayai agama Kristian. Hari Para Mendiang (Day of the Dead) yg merayakan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi sehingga kini masih disambut di beberapa buah negara seperti Brazil, Mexico, dan Filipina.

Pada lewat kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 tidak ada petanda bahawa Halloween disambut di Utara Amerika. Puritan New England, sebagai contoh, mengekalkan bantahan mengenai Halloween dan terpaksa mengalah pada kurun ke-19 ketika ia dibawa masuk ke Utara Amerika oleh imigran dari masyarakat Ireland dan Scotland. Pada pertengahan kurun ke-19, perayaan ini secara beransur-ansur diasimilasikan ke dalam masyarakat dan pada kurun ke-20, ia telah dirayakan oleh masyarakat dari pelbagai latar belakang sosial, bangsa, dan agama.

Simbol Halloween biasanya dikaitkan dengan kematian,keajaiban, dan raksasa dari dunia mitos. Watak yg sering dikaitkan dengan Halloween adalah watak syaitan dan iblis dalam kebudayaan Barat, manusia labu, makhluk asing, ahli sihir, kelawar, burung hantu, burung gagak, burung bangkai, rumah hantu, kucing hitam, labah-labah, Goblin, zombi, mumia, tengkorak, dan serigala jadian. Di Amerika Syarikat, simbol Halloween turut dikaitkan dengan tokoh dalam filem klasik seperti Drakula sehinggalah Frankenstein. Warna tradisi Halloween adalah hitam dan oren. Labu merupakan hasil tuaian musim gugur di kawasan yg beriklim sejuk. Ia amat sinonim dengan perayaan Halloween, dan merupakan simbol Halloween yg amat popular. Labu akan diukir membentuk wajah yg 'menyeramkan' yg turut dikenali sebagai Jack-o'-lantern. Lilin akan diletakkan di dalam labu dan dinyalakan. Untuk kelihatan lebih seram, pelita Jack-o'-lantern akan diletakkan di tempat yg gelap. Di Amerika Syarikat, pelita tersebut sering diletakkan di depan pintu masuk rumah apabila hari mula gelap. Tradisi membuat pelita Jack-o'-lantern ini berasal dari Amerika Utara yg banyak menghasilkan labu bersaiz besar yg mudah diukir.

Disebabkan perayaan Halloween dirayakan pada musim epal, candy apple  atau caramel apple merupakan makanan yg terkenal ketika Halloween. Antara makanan-makanan lain yg berkaitan dengan Halloween adalah  barmback (Ireland), tofi bornfire (Great Britain), gula-gula epal/tofi epal (Great Britain & Ireland), gula-gula jagung, gula-gula labu (Amerika Utara), jagung karamel, colcannon, pai labu, roti labu, biji labu panggang, jagung manis panggang dan macam-macam lagi.

Sampai sini sajalah penulisan saya untuk kali ini. Sehingga bertemu kembali di entri yg akan datang. 

Sekian, wassalam.

tAphA azRizAn


Sumber rujukan:

No comments:

Post a Comment