Wednesday, October 31, 2012

KeHIDuPAn

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Sedang aku asyik menyusun setiap baris kata untuk penulisan aku malam semalam, aku mendapat satu pesanan ringkas daripada seorang rakan yg aku kenali dari laman sesawang. Dia bertanyakan khabarku dan bertanyakan tentang harga tiket dari Kuala Lumpur ke Sandakan. Aku membalas pesanan ringkasnya.

"Apa ko buat?" dia bertanya.

"Tiada buat apa. Tengah mencari idea untuk tulis blog." balasku.

"Ko tulis pasal aku jak la" katanya.

"Ba,kalau ko bagitahu pasal diri ko,boleh juga aku tulis dalam blog aku ni"

"Biar betul ko ni?"

"Betul la. Cerita pasal pengalaman hidup mu. Mana la tahu boleh jadi pengajaran sama orang,kan? Lagipun, setiap manusia ada pengalaman hidup masing-masing yang boleh dijadikan pengajaran dan panduan dalam memperbaiki hidup." ujarku panjang lebar.

"Panjang tu cerita ku." katanya.

"Tidak apa. Ko ringkaskan jak"

Lalu dia pun menghantarkan sedikit informasi mengenai dirinya. Tidak banyak maklumat yg dia berikan dan ini menyukarkan aku untuk menulis mengenai dirinya dengan panjang lebar. Mungkin aku boleh selitkan cerita pengalaman hidupnya dalam artikel ku ini. Biarlah aku kongsikan sedikit mengenai dirinya.

He was born on January 3rd 1985. He's from Sabah. Beliau sangat meminati tarian dan koreografi. Beliau pernah memenangi beberapa pertandingan menari dan menjadi penari latar beberapa artis dalam dan luar negara. Kini, beliau mempunyai perniagaan sendiri iaitu sebuah perniagaan tarian aerobik (aerobic dance) di Kuala Lumpur. Sebelum memiliki perniagaan sendiri, beliau pernah hidup susah. Merantau ke negeri orang demi mencari sesuap nasi. Disebabkan itu juga, beliau tidak mempunyai tempat tinggal. Dalam kehidupan, beliau pernah banyak kali putus cinta serta ditipu oleh orang-orang yg dia kenali. Disebabkan tekanan hidup yg beliau hadapi, beliau pernah berasa berputus asa dan hampir membunuh diri. Namun, dengan kecekalan dan semangat ingin berjaya, beliau berusaha memrah keringat dan kini telah mempunyai perniagaan sendiri.

Itulah sedikit latar belakang beliau yg dapat aku kongsikan kepada anda semua. Bukan mudah untuk kita meneruskan kehidupan di dunia yg penuh cabaran dan dugaan. Setiap insan di dunia ini mempunyai jalan cerita masing-masing yg boleh dijadikan pengajaran dan panduan dalam memperbaiki kehidupan. Setiap hamba Allah SWT mempunya jalan kehidupan yg telah ditetapkan oleh-NYA. Kita sebagai hamba perlu akur dengan setiap kehendak-NYA. Allah SWT bukan sewenang-wenangnya memberikan ujian kepada hamba-NYA yg tidak mampu. Setiap ujian yg diberikan adalah setimpal dengan kemampuan setiap insan.

Kata orang, hidup ini ibarat roda. Kadang-kala kita di atas, kadang-kala kita di bawah. Kita bukannya sentiasa boleh berlari. Kadang-kala kita akan berjalan, kadang-kala kita akan berlari-lari anak, kadang-kala kita akan jatuh tersungkur, dan kadang-kala kita harus merangkak untuk meneruskan kehidupan. Namun, jika kita sudah terjatuh tersungkur, jangalah cepat berputus asa. Janganlah pula memandang ke belakang. Kuatkan semangat, pandang ke hadapan. Lihatlah bahawa perjalananmu masih jauh lagi. Bangkitlah dari kejatuhan. Buktikan pada orang sekeliling bahawa kita masih mampu untuk berdiri, berjalan, dan berlari meneruskan kehidupan yg masih panjang. Ingatlah bahawa Allah SWT mempunyai rencana untuk setiap hamba-NYA. Ingatlah kepada-NYA ketika kau berlari, berjalan mahupun merangkak. Allah SWT sentiasa ada disisi, setia menemani hamba-NYA. Cabaran dan dugaan zaman kini semakin kuat. Andai imanmu tidak kuat, andai semangatmu lemah, kau akan mudah kalah. Maka ingatlah bahawa Allah SWT itu ada dan Maha Adil dalam memberikan ujian terhadap hamba-hamba-NYA.

Sekian sahaja coretanku pada kali ini. Sehingga bertemu di entri akan datang. Wassalam.

tAphA azRizAn

No comments:

Post a Comment