Thursday, January 13, 2011

kAlaU meNcaRi tEmaN

Kisah duka ulang-berulang
Hati luka cinta kecundang
Bagaikan bunga kembang dipuja
Layu dibuang

Bercintalah berpada-pada
Usah serah segala
Turutkan hati turutkan rasa
Diri sendiri akan binasa

Demi masa depanmu
Berhati-hati selalu
Kaji asal-usulnya
Jangan sampai terpedaya

Dari kau bercinta-cinta
Baiklah berumahtangga
Kalau mencari teman
Janganlah memandang luaran
Cari yang beriman


Ni la lirik lagu yg ditulis oleh  Razman/Habsah Hassan, yg btajuk ‘Kalau Mencari Teman’, dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Malaysia, Ziana Zain. Aq terdengar lagu ni dalam bas,masa aq on the way gi ofis pagi tadi. Kalau diteliti lirik lagu ni, rangkap pertama dan kedua tu menyuruh kita agar bercinta berpada-pada. Jangan diturutkan hati,kelak diri sendiri akan binasa. Maksudnya di sini, kalau mau bercinta tu boleh, tapi agak2 la. Jangan sampai menyerahkan diri kepada pasangan sewenang-wenangnya. Jika diperhatikan masa kini, ramai remaja terjebak dengan kes terlanjur dengan pasangan masing2. Hampir setiap hari ada sahaja berita mengenai kes pembuangan bayi. Tidak kira la dibuang di tong sampah, tepi sungai, dalam mangkuk tandas, dan tempat2 lain. Aq pun hairan, banyak betul kes pembuangan bayi. Tidak tau la salah siapa. Bagi aq, tidak boleh salahkan siapa2. Semua orang ada peranan masing2 dalam membendung hal ini daripada terus berlarutan.


Kurangnya didikan agama menyebabkan berlakunya kes2 sedemikian. Ibu bapa yg sibuk dgn kerja masing2, pendidikan agama terhadap anak2 terabai. Mereka hanya mengharapkan guru2, ustaz & ustazah di sekolah untuk memberikan pendidikan kepada anak2 mereka. Seharusnya,mereka perlu mengambil berat akan semua perihal anak2 mereka. Perhatian harus diberikan sepenuhnya, tapi tidak bermaksud mengongkong, atau menyekat pergerakan anak2 mereka. Ibubapa harus tau ke mana anak mereka pergi, dgn siapa anak mereka berjumpa. Ibubapa juga perlu mengenali rakan2 rapat anak mereka. Dgn cara ni, ibubapa dpt mengetahui pergerakan anak melalui rakan2 anak mereka. Biar sesibuk mana pun ibubapa dgn kerja masing2, mereka harus meluangkan masa untuk anak2 mereka. Mereka haruslah meluangkan masa hujung minggu bersama anak2 agar mereka tidak rasa terabai.


Dari segi pemilihan kawan, remaja harus bijak memilih kawan. Kalau sudah tau perangai kawan tu lain macam, jangan la berkawan. Kalau mau berkawan jg pun, boleh. Tapi jangan la ikut perangai kawan tu. Cari la kawan2 yg boleh membawa kita ke jalan yg benar. Kawan2 aku ada juga yg nakal, tp nakal2 biasa. Biarpun nakal, hati baik. Tidak juga diorang ajak buat yg bukan2. Nakal kawan2 aku ni bukan mcm budak nakal yg lepak2 di tepi jalan,yg buang masa melalak kat tepi jalan,buat bising. Kalau mau lepak pun,cari la tempat best sikit. Kat umah ka, restoran ka. Ni tepi jalan, melalak buat bising sampai ke pagi. Orang nak tido pun susah.


Diri sendiri jg memainkan peranan yg penting dlm membentuk jati diri & nilai2 dlm diri. Remaja seharusnya bijak berfikir, tahu mana yg salah, mana yg betul. Disebabkan mudah terpengaruh, terjadinya kes2 sedemikian. Ditambah lagi dgn syaitan yg berada d sekeliling, iman yg lemah, memudahkan mereka terjerumus & hanyut dibuai mimpi indah yg akhirnya memakan diri sendiri. Jika kita kuat pendirian, semua ini tidak akan berlaku. Tolong la jgn mudah termakan pujuk rayu pasangan anda yg entah apa2. Bak kata pepatah, ‘habis madu,sepah dibuang’. Lirik lagu yg Ziana Zain nyanyi ni plak da berbunyi ‘bagaikan bunga kembang dipuja layu dibuang’. Nah, paham2 sendiri la kata2 tu ar. Sayang jak mahkota yg kamu pertahankan tu dirosakkan oleh mereka yg belum tentu akan menjadi pasangan hidup kamu selama-lamanya. Kalau pun mau buat benda tu, kawin jak. Abis crita. Kan senang. Tak payah nak tanggung malu. Takda la juga kamu conteng arang kat muka mak bapak korang. Macam dua lagi rangkap lagu yg Ziana Zain nyanyi:

Demi masa depanmu
Berhati-hati selalu
Kaji asal-usulnya
Jangan sampai terpedaya

Dari kau bercinta-cinta
Baiklah berumahtangga
Kalau mencari teman
Janganlah memandang luaran
Cari yang beriman

So, cari la boipren yg betul2. Jgn tengok muka jak. Biarpun hensem macam mana sekalipun, tapi hati tak baik, takda guna. Baik cari hati yg baik, biar muka x lawa. So,before korang nak kapel2 ni, selidik dulu latar belakang dia. Famili dia ok ke tak, orang tu ok ke tak. Jgn percaya jak kata2nya. Lagu satu, cari la yg beriman k. Aku ni pun nak cari yg alim. Tp x la alim sangat sbb aq pn x alim sgt. Nak cari yg biasa2 jak yg boleh mendidik anak2 aku nanti. Kalau setakat luaran jak cantik, dalaman belum tentu cantik. So, kawan2 semua, berhati-hati la cari pasangan k. Kaji betul2. Jgn terpedaya dgn muka yg hensem, cantik, cute.


Wah, panjang uda aku membebel ni. Aku saja ja tulis ni. Untuk ingatan bersama. Aku terpanggil untuk tulis crita ni sbb aku dengar lagu Ziana Zain td. Hihihi. Ba, sampai di sini sja la aku tulis ar. Next time aku tulis lg.

Salam,

tAphA azRizAn

No comments:

Post a Comment